Ada cerita di sebalik pembelian lens 50mm Nikon ni.Memang dah lama berhajat nak beli tapi masa tu masih nak adapt dgn pengetahuan photography yang makin byk sy belajar, makin byk rupanya saya perlu tahu..jadi sebelum ni, guna kit lens sahaja dah memadai.Dan bila kit lens dan juga telephoto lens tidak mencapai apa yang sy kehendaki dalam potrait photography, maka setelah 2 tahun kami memiliki DSLR, barulah kami membuat keputusan membeli 50mm.Itupun setelah berbincang dgn beberapa rakan yg mempunyai minat yg sama.Bukannya kit lens dan telephoto lens itu tak bagus, tapi tiap2 lens(dan kamera) ada kelebihan dan kekurangannya.
Maka bermulalah pencarian lens 50mm ni.Mulai minggu lepas, kami dah survey di Kluang, harganya lingkungan RM450++.Hampir hendak membeli yang ini kerana fikirkan kedainya agak dekat,tetapi saat2 akhir,kami membuat keputusan utk survey lagi.Di JB, kami ke Plaza Angsana pula.Kedai pertama mengatakan harga RM480 adalah harga paling murah bagi lens ni, tapi kami rasa mcm ditipu pula.Ada kawan2 memberitahu, lens tu berharga bwh dari RM400.Setelah pusing2 di Plaza tu, maka jumpalah juga dgn lens yg dihajati, di kedai kedua dengan harga yang agak memuaskan hati iaitu RM360 sahaja!Pengajaran di sini, kita hendaklah survey beberapa kedai, sebelum membeli sesuatu barang.Agak terkedu juga sebab di kedai ini, harga D90 kurang RM100++ dari yang kami beli di Kluang!(gulp..byk juga boleh dibeli dgn RM100 tu..hadoi...bukan rezeki kamilah tu)
Antara cubaan2 pertama (yg agak merapu )menggunakan lens ini...(on D90):
Read more...